PRODUK SHAKLEE
SELAMAT ATAU TIDAK?
Apabila kita
nak amalkan sesuatu makanan tambahan atau supplement, sudah tentu kita selidiki
terlebih dahulu adakah ianya selamat atau tidak.
Produk makanan
tambahan yang tidak selamat sudah tentu mengundang bahaya, bukannya
menambahbaik kesihatan kita!
Benar, tidak
semua makanan tambahan selamat!
Jadi, kembali
kepada persoalan kita,
Produk Shaklee
Selamat Atau Tidak?
So, untuk menjawab
soalan ini, jom kita kaji terlebih dahulu apa itu Shaklee.
Shaklee percaya
bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih
lama, sihat dan produktif.
Kisah Shaklee
bermula sekitar 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan
falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan
yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih
sihat.
Hari ini,
Shaklee merupakan syarikat pemakanan semulajadi #1 di Amerika Syarikat, dengan
pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan
pemakanan. Kami melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi
memastikan produk kami Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra
Alam.
PRODUK SHAKLEE
SELAMAT?
Keselamatan dan
Standard Shaklee Tiada Tandingan
Keselamatan dan
standard Shaklee tiada tandingannya bagi memastikan produk Shaklee Sentiasa
Selamat.
Shaklee telah
melaburkan lebih USD 250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan
pembangunan produk.
Setiap tahun,
Shaklee menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti
produk, serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan.
Shaklee hanya
memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk
kami.
Produk Shaklee
tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapat
di dalam produk pesaing.
Shaklee
bekerjasama dengan Ahli Toksikologi untuk mengembangkan senarai bahan kimia
yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan Shaklee sentiasa mengemaskini
senarai ini untuk memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang
produk Shaklee.
TIADA Bahan
Tiruan:
TIADA Perisa
Tiruan
TIADA Pemanis
Tiruan
TIADA Pengawet
Tiruan
TIADA Pewarna
TIADA MSG
TIADA Lemak
Trans
TIADA Bahan
Kimia:
TIADA Paraben
TIADA
Bisfenol-A
TIADA Dakwat
Toksik
TIADA Peluntur
Klorin
TIADA
Formaldehid
TIADA Natrium
Hidroksida
PRODUK SHAKLEE
ADA KAJIAN?
Para saintis
Shaklee sentiasa mencari bahan dan ramuan yang tulen dan mujarab dari
alam semula jadi, semakan terbitan saintifik dan melakukan kajian mereka
sendiri untuk mengesahkan keberkesanan dan kemujarabannya.
PERTAMA: LEBIH 100 PEMBENTANGAN DAN KAJIAN SAINTIFIK DITERBITKAN
Produk kami disokong oleh lebih daripada 100 pembentangan dan kertas saintifik
yang diterbitkan, yang membuktikan bahawa ia membawa perubahan kepada kesihatan
anda. Salah satu ujian ini ialah Kajian Penanda Aras, yang menunjukkan bahawa
orang yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik
berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tiada suplemen sama
sekali.
KEDUA: KAJIAN TELOMERE
Kajian Telomere menunjukkan bahawa pengguna Shaklee yang mengambil suplemen
selama 5 tahun mempunyai telomere lebih lama berbanding pengguna sihat tanpa
suplemen.
KETIGA: PATEN SHAKLEE
Produk Shaklee mempunyai lebih daripada 70 paten dan sedang-dipaten..
KEEMPAT: SISTEM PELEPASAN BERPATEN
Sistem pelepasan berpaten Shaklee dicipta untuk memperbaiki dengan ketara kadar
penyerapan nutrien utama dalam tubuh, menyediakan nutrien yang betul, di lokasi
yang betul dan pada masa yang tepat.
Layari healthresource.shaklee.com untuk
lampiran lengkap penyelidikan yang ditaja oleh Shaklee.
Shaklee
terus menerajui dengan Inovasi Produk Hebat
Di Shaklee, inovasi tidak pernah terhenti. Sejak kami memikul tanggungjawab dan
dedikasi untuk melaksanakan legasi dan warisan inovasi Dr. Shaklee untuk
membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih baik, kami sentiasa mencari
peluang dari sains dan alam semula jadi untuk mendapatkan penyelesaian baharu
demi kehidupan yang lebih baik.
Dr. Forrest C. Shaklee Global Innovation Center memiliki peralatan
saintifik yang moden dan termaju untuk memastikan produk Shaklee memenuhi dan
melangkaui standard tertinggi industri untuk ketulenan dan keselamatan produk.
Semua produk dalam portfolio Shaklee akan dibangunkan dan diuji di dalam
kemudahan ini menggunakan fungsi R&D, termasuk penyelidikan pemakanan dan nutrisi,
pembangunan bahan dan ramuan, pembangunan produk/proses, jaminan kualiti, dan
kawalan kualiti. Dengan adanya kemudahan ini, Shaklee kini mempunyai lebih
daripada 60 Saintis yang berpusat di perbandaran Pleasanton.
"Inovasi
dan sains adalah nadi dan teras untuk segala yang kami lakukan di Shaklee.
Pusat inovasi ini adalah satu langkah lagi sebagai pelaburan berterusan kami di
masa hadapan, dengan matlamat terunggul untuk membantu orang ramai menjalani
kehidupan yang lebih lama, lebih sihat." - ROGER BARNETT, Pengerusi dan Ketua Pegawai
Eksekutif Shaklee Corporation.
PRODUK
SHAKLEE BERKESAN?
Landmark
Study: Kajian Diet Pemakanan Tambahan Shaklee Satu Kajian
Penanda Aras
Kajian Diet Pemakanan Tambahan Shaklee adalah kajian perintis tentang
penggunaan suplemen pemakanan jangka panjang yang menunjukkan
bahawa: mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh
lebih baik berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tidak
mengambil makanan tambahan sama sekali.
Kajian Diet Pemakanan Tambahan Shaklee (Shaklee Dietary Supplement
Study) adalah kajian bebas oleh University of
California, Berkeley, ke atas corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi
pengguna jangka panjang pelbagai suplemen pemakanan. Kajian rentas-silang ini
telah diterbitkan dalam Nutritional Journal, jurnal saintifik ulasan-sejawat
atas talian pada Oktober 24, 2007. Sila klik
http://www.nutritionj.com/content/6/1/30 untuk
maklumat lanjut.
Hasil kajian ini membantu mengesahkan apa yang telah kami di
Shaklee tegaskan selama ini.
- Pendekatan gaya hidup sihat jangka panjang Shaklee merangkumi pilihan pemakanan bijak dari segi pemakanan seharian dan suplemen, serta bersenamuntuk mencapai dan mengekalkan berat yang sihat ternyata akan menyokong kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.
- Dan kami mahu anda memastikan bahawa gaya hidup sihat anda turut merangkumi diet yang bijak, pengambilan suplemen, dan strategi senaman semasa anda berusaha untuk mencapai kesihatan yang optimum.
... dan keputusannya amat mengagumkan!
- Tahap Nutrien Darah yang Baik
- Penanda Bio Utama Kesihatan Jantung
yang Baik
- Kekerapan Penyakit Lebih Rendah
- Tahap Selamat Vitamin D dan Zat Besi
PENGGUNA SUPPLEMENT SHAKLEE MEMPUNYAI:
- Risiko Penyakit Jantung Lebih
Rendah
- 11% Nisbah Kolesterol Lebih Rendah
- 33% Tahap Trigliserida Lebih Rendah
- Penyakit Berkaitan Otak dan Jantung
Lebih Rendah
- 36% Tahap Homosisteina Lebih Rendah
- Risiko Penyakit Jantung, Kanser,
Kencing Manis Lebih Rendah
- 59% Tahap Protein Reaktif-C Lebih
Rendah
- 39% Risiko Peningkatan Tekanan
Darah Lebih Rendah
- 73% Risiko Kencing Manis Lebih Rendah







No comments:
Post a Comment