Wajah Putih Bebas Jeragat
Dengan Skincare Organik NutriWhite Shaklee
Ada
beratus pilihan produk penjagaan wajah yang direka khas untuk pemutihan wajah
di pasaran. Setiap kali lihat iklan yang best terus rasa mau try dan tukar
skincare kan? Hihi… Tetapi bila sudah cuba, memula rasa best, tapi kemudian
muka mula berminyak, mula naik jerawat, kulit mula menggelupas, kering,
bertambah kusam, timbul jeragat dan akhirnya wajah putih tanpa jeragat tinggal
kenangan. Hehehe..Taknak masalah kulit semakin bertambah parah…
Hakikatnya
kebanyakkan produk di pasaran BUKAN dicipta untuk kulit orang Asia tapi direka
untuk negara yang ada 4 musim dan mostly diperbuat daripada bahan BUKAN
natural.
Bila
menggunakan produk yang bukan natural, kulit terdedah kepada keradangan dan
menjadi kering yang akhirnya akan terkupas terutamanya di bahagian pipi yang
akan menjadikan kulit semakin lama semakin nipis dan menjadi lebih sensitif.
Bila kulit kering pula, kita mulalah tercari-cari produk pelembap. Namun, yang
ada dipasaran kebanyakannya adalah jenis berminyak yang tidak sesuai dengan
kulit orang Asia. Setuju tak?
Jadi
apa solution untuk kulit Asia macam kita semua ni?. Sebenarnya kita perlukan
produk penjagaan wajah yang ada ciri-ciri ni:
- Direka khas buat kulit orang Asia.
- Menggunakan bahan semulajadi yang tidak menyebabkan radang dan menipiskan kulit.
- Melindungi bukan setakat di lapisan permukaan kulit sahaja (epidermis), tapi juga lapisan dermis agar jeragat dihalang untuk muncul ke permukaan kulit.
- Sebelum kak Aya share lebih lanjut, kak mahu cerita dulu beberapa sebab mengapa susah sangat mau dapat kulit putih flowless tanpa jeragat ni.
Antara
sebabnya adalah faktor-faktor ni;
Faktor
penuaan iaitu semakin usia meningkat, kulit akan kurang keanjalan dan semakin
hilang effect “toink-toink” kulit.
- Regenerasi kulit semakin perlahan. Ini mengakibatkan muncul tompok-tompok hitam dan kita namakan “aging spot” yang menunjukkan kulit semakin tua.
- Gaya hidup tidak sihat seperti kerap lewat tidur, makanan yang tidak sihat, stress dan kurang minum air putih.
- Faktor persekitaran seperti pencemaran, terdedah kepada habuk, sinaran uv dan sebagainya pun mempengaruhi tau.
- Faktor-faktor ini lah yang menyebabkan wajah kehilangan seri, tona kulit yang tidak sekata, kulit kusam, muncul banyak garis-garis halus dan kedut serta masalah jeragat.
Bagaimana Skincare Organik
NutriWhite Shaklee boleh Membantu?
NutriWhite
Shaklee merupakan gabungan 16 jenis nutrien yang diekstrak daripada buah-buahan
dan tumbuh-tumbuhan daripada 16 negara. Ianya 100% natural tanpa bahan kimia
berbahaya yang sesuai dengan kulit orang kita.
Fungsi utama NutriWhite ni
adalah untuk:
- Memutihkan kulit
- Memberikan ketegangan, kelembapan dan kelegaan kulit
- Mengurangkan dan mencegah Jeragat
- Menghilangkan sel mati agar kulit lebih sempurna dan flawless
Keistimewaan
NutriWhite Shaklee pula adalah:
- Direka khas untuk kulit orang Asia. Ia tidak menyebabkan kulit terlalu berminyak yang boleh menyebabkan liang roma besar. Ia juga tidak terlalu kering. So balance gitu.
- Dihasilkan oleh Pakar Penjagaan Kulit dan Saintis di Jepun dan Amarika Syarikat.
- Mengambil masa dalam 3 tahun untuk proses Research & Development sebelum dipasarkan.
- Menggunakan gabungan 16 jenis ramuan botani tumbuhan dan buah-buahan yang diperolehi dari 16 buah negara.
- Ianya 100% dari sumber semulajadi, all natural.
- Patent-Pending WhiteN-16 yang merupakan campuran 16 jenis nutrien terpilih yang membantu mengurangkan kehadiran melanin sedia ada untuk membantu menambahkan kecerahan kulit serta mengurangkan jeragat agar wajah lebih berseri
Bagaimana NutriWhite
bertindak ke dalam kulit?
Sistem NutriWhite
bertindak dengan 5 cara:
MENCEGAH kesan daripada pancaran matahari dan
persekitaran dengan melindungi kulit secara aktif daripada sinaran UV dan
cahaya matahari. Kulit yang terdedah dalam tempoh yang panjang tanpa
perlindungan, boleh merosakkan struktur kolagen kulit dan mengurangkan
keanjalan serta menjadikan kulit semakin gelap.
MENGURANGKAN penghasilan pigmen hitam pada kulit
sekaligus mencegah kulit daripada menjadi gelap, kusam serta tona kulit yang
tidak sekata.
MENYEKAT pigmen daripada muncul ke permukaan
epidermis kulit (permukaan kulit). Pigmentasi bukan berlaku secara tiba-tiba,
ia terbentuk dalam jangka masa yang panjang di permukaan dermis kulit (dalam
kulit). Jadi ia akan sekat pemindahan pigmen hitam dari dasar sel ke permukaan
kulit.
MENCERAHKAN kulit dengan mencerahkan pigmentasi
sedia ada agar tona kulit lebih sekata dan cerah.
MEMPERBAHARUI sel kulit dengan menghilangkan sel kulit
mati dan membantu regenerasi sel kulit yang baru agar kulit nampak lebih putih,
cerah secara keseluruhan.
Best
kan NutriWhite Shaklee ni? So untuk dapatkan kulit wajah yang putih, cerah,
tegang, berseri dan tanpa jeragat, kita kena buat 6 langkah ni pula:
MEMBERSIHKAN dengan Gentle Action Makeup Remover
& Gentle Deep Foaming Cleanser
MEMPERBAHARUI dengan Soothing Radiance Whitening
Softener
MENCERAHKAN dengan Daily Defence Whitening Essence
MERAWAT dengan Spot Whitening Treatment
MENCEGAH dengan Ultimate Protection Whitening
Lotion SPF 15
MEMULIHKAN dengan Overnight Renewal Whitening
Cream
Langkah Pertama: Bersihkan kulit dengan Gentle Action
Makeup Remover & Gentle Deep Foaming Cleanser.
Make
Up Remover akan menghilangkan sel mati, boleh sental di muka tanpa air, nanti
akan keluar daki-daki make up. Sangat impress dengan make-up
remover NW ni sebab tidak berminyak, tidak buat wajah pedih, serius memang rasa
macam letak air, tapi kulit jadi bersih! Lepas tu cuci muka pula dengan Gentle
Deep Foaming Cleanser untuk membersih dan membuang sel-sel mati, haa, 2x
tindakan. Memang bersih sangat.
Langkah Kedua: Perbaharui kulit dengan Soothing
Radiance Whitening Softener. Soothing Radiance ni ala-ala toner la. Ia
berfungsi untuk merilekskan kulit serta mengembalikan pH kulit yang seimbang.
Ia juga berfungsi untuk melembapkan, menegangkan dan mencerahkan kulit.
Langkah Ketiga: Mencerahkan serta menegangkan kulit
dengan Daily Defence Whitening Essence. Yang ini serum yang berfungsi untuk
mencerahkan, menegangkan, mengimbangi pigmen, mengurangkan tompok-tompok hitam
dan melindungi wajah. Ia kaya dengan Vitamin C, Bearberry dan Mulberi.
Langkah Keempat: Merawat kesan-kesan matahari serta
memudarkan jeragat lebih cepat dengan Spot Whitening Treatment. Berkesan dalam
menegangkan, mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit.
Langkah Kelima: Mencegah kerosakan dan melindungi kulit
dengan Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15. Berfungsi untuk mencegah
kerosakan kulit akibat cahaya matahari, menghilangkan radang kulit, pelembap
yang melindungi dari pelbagai sudut serta membina daya tahan kulit terhadap
kerosakan persekitaran.
Langkah Keenam: Memulihkan kulit dengan Overnight
Renewal Whitening Cream. Ia memperbaharui kulit sewaktu tidur. Kaya dengan
Vitamin C untung mengurangkan tompok-tompok hitam, mencerahkan, serta
melembapkan kulit. Bangun pagi rasa kulit wajah leeembut sangat.





No comments:
Post a Comment