Nutribeauty Malaysia: 2017

16 August 2017

Kebaikan Omega Guard Shaklee

Mengapa pilih Omega Guard Shaklee?


Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Banyak Kebaikan dan keistimewaan Omega Guard Shaklee ini. Ia boleh diamalkan untuk seisi keluarga. Sepatutnya setiap rumah mesti ada sebotol minyak ikan Omega Guard ini. Wajib! Mengapa saya kata wajib? Inilah yang saya nak ceritakan....


Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.


Sebelum itu mari kita berkenalan dulu dengan Omega-3



Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.



Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi 

Tugas DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?


Melindungi Jantung Anda*
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.



Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*

Sumber : Shaklee Malaysia




Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil
 Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu
 Kanak-kanak
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan


  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke

20 July 2017

Pentingnya B-Complex..!

Vitamin B memainkan perana dalam kesihatan kita dari segi sistem penghadaman, menyerap nutrien dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapat faedah optimum.


Image result for Shaklee B COmplex ramuan

Gejala kekurangan vitamin B:
1. Keletihan
2. Kebas
3. Kerengsaan usus
4. Gemuruh
5. Kemurungan
6. Paranoia
7. Lemah dan lesu
8. Stress

Daripada sumber semulajadi, vitamin B banyak terdapat dalam makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kekacang dan bijirin. Namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses dan juga sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak boleh menyebabkan nutrient tersebut hilang daripada makanan.

Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan lagi, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.

Apalkah kepentingan B-Complex terhadap tubuh kita?
1. Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut serta otot di dalam saluran usus gastro
2. Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti tekanan
3. Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu mencegah anemia
4. Membantu mengelakkan sawan, epilepsi dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
5. Membina rambut yang sihat dan mencegah uban
6. Membantu dalam merawat elergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif
7. Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual, kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi badan terhadap keracunan plumbum.


Keunikan B-Complex Shaklee

B-Complex mengandungi kesemua vitamin B seperti:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflavin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Asid folik
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Image result for Shaklee B COmplex ramuan

Khasiat B-Complex Shaklee untuk ibu selepas bersalin
1. Memelihara sistem saraf dari tekanan dan stress
2. Mengandungi asid folik yang diperlukan untuk pembentukan sel dan tisu baru
3. Membantu pembentukan darah ibu, kerana ibu selepas bersalin telah kehilangan banyak darah semasa proses bersalin.
4. Menukarkan kalori kepada tenaga untuk mengelakkan ibu menjadi gemuk
5. Membantu menenangkan ibu dan menstabilkan hormon
6. Mengelakkan daripada post partum depression atau meroyan
7. Memberi stamina dan tenaga untuk ibu berjaga malam menjaga bayi

Bau B-Complex sangat meloyakan?
Ya benar, sebenarnya bau pada B-Complex adalah petanda yang bagus. Ini kerana  B-Complex Shaklee adalah B-Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ini ialah Thiamin, ia memberi bau kepada B Complex, termasuk bau air kencing kerana ia larut air dan disingkirkan melalui kencing.

Vitamin Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi perasa atau pewarna tiruan dan dihasilkan dari sumber semulajadi. Bagi mengurangkan bau B-Complex Shaklee, anda boleh menyimpan vitamin ini di dalam peti sejuk.

Mengapa warna air kencing boleh menjadi sangat kuning?

Ini kerana salah satu vitamin B iaitu Riboflavin (B2). Badan kita menyingkirkan lebihan Riboflavin melalui air kencing, menyebabkan air kencing menjadi pekat dan sangat kuning. Jadi jangan pengsan bila melihat air kencing anda kuning, lepas kencing minum air dan bila pergi tandas lagi, mesti air kencing kembali jernih atau kurang kuningnya lagi.

13 July 2017

Nutriwhite: Skincare pilihan ramai.

Wajah Putih Bebas Jeragat Dengan Skincare Organik NutriWhite Shaklee



Ada beratus pilihan produk penjagaan wajah yang direka khas untuk pemutihan wajah di pasaran. Setiap kali lihat iklan yang best terus rasa mau try dan tukar skincare kan? Hihi… Tetapi bila sudah cuba, memula rasa best, tapi kemudian muka mula berminyak, mula naik jerawat, kulit mula menggelupas, kering, bertambah kusam, timbul jeragat dan akhirnya wajah putih tanpa jeragat tinggal kenangan. Hehehe..Taknak masalah kulit semakin bertambah parah…

Hakikatnya kebanyakkan produk di pasaran BUKAN dicipta untuk kulit orang Asia tapi direka untuk negara yang ada 4 musim dan mostly diperbuat daripada bahan BUKAN natural.

Bila menggunakan produk yang bukan natural, kulit terdedah kepada keradangan dan menjadi kering yang akhirnya akan terkupas terutamanya di bahagian pipi yang akan menjadikan kulit semakin lama semakin nipis dan menjadi lebih sensitif. Bila kulit kering pula, kita mulalah tercari-cari produk pelembap. Namun, yang ada dipasaran kebanyakannya adalah jenis berminyak yang tidak sesuai dengan kulit orang Asia. Setuju tak?

Jadi apa solution untuk kulit Asia macam kita semua ni?. Sebenarnya kita perlukan produk penjagaan wajah yang ada ciri-ciri ni:

  • Direka khas buat kulit orang Asia.
  • Menggunakan bahan semulajadi yang tidak menyebabkan radang dan menipiskan kulit.
  • Melindungi bukan setakat di lapisan permukaan kulit sahaja (epidermis), tapi juga lapisan dermis agar jeragat dihalang untuk muncul ke permukaan kulit.
  • Sebelum kak Aya share lebih lanjut, kak mahu cerita dulu beberapa sebab mengapa susah sangat mau dapat kulit putih flowless tanpa jeragat ni.

Antara sebabnya adalah faktor-faktor ni;

Faktor penuaan iaitu semakin usia meningkat, kulit akan kurang keanjalan dan semakin hilang effect “toink-toink” kulit.
  • Regenerasi kulit semakin perlahan. Ini mengakibatkan muncul tompok-tompok hitam dan kita namakan “aging spot” yang menunjukkan kulit semakin tua.
  • Gaya hidup tidak sihat seperti kerap lewat tidur, makanan yang tidak sihat, stress dan kurang minum air putih.
  • Faktor persekitaran seperti pencemaran, terdedah kepada habuk, sinaran uv dan sebagainya pun mempengaruhi tau.
  • Faktor-faktor ini lah yang menyebabkan wajah kehilangan seri, tona kulit yang tidak sekata, kulit kusam, muncul banyak garis-garis halus dan kedut serta masalah jeragat.
Bagaimana Skincare Organik NutriWhite Shaklee boleh Membantu?

NutriWhite Shaklee merupakan gabungan 16 jenis nutrien yang diekstrak daripada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan daripada 16 negara. Ianya 100% natural tanpa bahan kimia berbahaya yang sesuai dengan kulit orang kita.

Fungsi utama NutriWhite ni adalah untuk:
  • Memutihkan kulit
  • Memberikan ketegangan, kelembapan dan kelegaan kulit
  • Mengurangkan dan mencegah Jeragat
  • Menghilangkan sel mati agar kulit lebih sempurna dan flawless

Keistimewaan NutriWhite Shaklee pula adalah:
  • Direka khas untuk kulit orang Asia. Ia tidak menyebabkan kulit terlalu berminyak yang boleh menyebabkan liang roma besar. Ia juga tidak terlalu kering. So balance gitu.
  • Dihasilkan oleh Pakar Penjagaan Kulit dan Saintis di Jepun dan Amarika Syarikat.
  • Mengambil masa dalam 3 tahun untuk proses Research & Development sebelum dipasarkan.
  • Menggunakan gabungan 16 jenis ramuan botani tumbuhan dan buah-buahan yang diperolehi dari 16 buah negara.
  • Ianya 100% dari sumber semulajadi, all natural.
  • Patent-Pending WhiteN-16 yang merupakan campuran 16 jenis nutrien terpilih yang membantu mengurangkan kehadiran melanin sedia ada untuk membantu menambahkan kecerahan kulit serta mengurangkan jeragat agar wajah lebih berseri


Bagaimana NutriWhite bertindak ke dalam kulit?

Sistem NutriWhite bertindak dengan 5 cara:

MENCEGAH kesan daripada pancaran matahari dan persekitaran dengan melindungi kulit secara aktif daripada sinaran UV dan cahaya matahari. Kulit yang terdedah dalam tempoh yang panjang tanpa perlindungan, boleh merosakkan struktur kolagen kulit dan mengurangkan keanjalan serta menjadikan kulit semakin gelap.

MENGURANGKAN penghasilan pigmen hitam pada kulit sekaligus mencegah kulit daripada menjadi gelap, kusam serta tona kulit yang tidak sekata.

MENYEKAT pigmen daripada muncul ke permukaan epidermis kulit (permukaan kulit). Pigmentasi bukan berlaku secara tiba-tiba, ia terbentuk dalam jangka masa yang panjang di permukaan dermis kulit (dalam kulit). Jadi ia akan sekat pemindahan pigmen hitam dari dasar sel ke permukaan kulit.

MENCERAHKAN kulit dengan mencerahkan pigmentasi sedia ada agar tona kulit lebih sekata dan cerah.

MEMPERBAHARUI sel kulit dengan menghilangkan sel kulit mati dan membantu regenerasi sel kulit yang baru agar kulit nampak lebih putih, cerah secara keseluruhan.

Best kan NutriWhite Shaklee ni? So untuk dapatkan kulit wajah yang putih, cerah, tegang, berseri dan tanpa jeragat, kita kena buat 6 langkah ni pula:

MEMBERSIHKAN dengan Gentle Action Makeup Remover & Gentle Deep Foaming Cleanser
MEMPERBAHARUI dengan Soothing Radiance Whitening Softener
MENCERAHKAN dengan Daily Defence Whitening Essence
MERAWAT dengan Spot Whitening Treatment
MENCEGAH dengan Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15
MEMULIHKAN dengan Overnight Renewal Whitening Cream



Langkah Pertama: Bersihkan kulit dengan Gentle Action Makeup Remover & Gentle Deep Foaming Cleanser.

Make Up Remover akan menghilangkan sel mati, boleh sental di muka tanpa air, nanti akan keluar daki-daki make up. Sangat impress dengan make-up remover NW ni sebab tidak berminyak, tidak buat wajah pedih, serius memang rasa macam letak air, tapi kulit jadi bersih! Lepas tu cuci muka pula dengan Gentle Deep Foaming Cleanser untuk membersih dan membuang sel-sel mati, haa, 2x tindakan. Memang bersih sangat.

Langkah Kedua: Perbaharui kulit dengan Soothing Radiance Whitening Softener. Soothing Radiance ni ala-ala toner la. Ia berfungsi untuk merilekskan kulit serta mengembalikan pH kulit yang seimbang. Ia juga berfungsi untuk melembapkan, menegangkan dan mencerahkan kulit.

Langkah Ketiga: Mencerahkan serta menegangkan kulit dengan Daily Defence Whitening Essence. Yang ini serum yang berfungsi untuk mencerahkan, menegangkan, mengimbangi pigmen, mengurangkan tompok-tompok hitam dan melindungi wajah. Ia kaya dengan Vitamin C, Bearberry dan Mulberi.

Langkah Keempat: Merawat kesan-kesan matahari serta memudarkan jeragat lebih cepat dengan Spot Whitening Treatment. Berkesan dalam menegangkan, mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit.

Langkah Kelima: Mencegah kerosakan dan melindungi kulit dengan Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15. Berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit akibat cahaya matahari, menghilangkan radang kulit, pelembap yang melindungi dari pelbagai sudut serta membina daya tahan kulit terhadap kerosakan persekitaran.


Langkah Keenam: Memulihkan kulit dengan Overnight Renewal Whitening Cream. Ia memperbaharui kulit sewaktu tidur. Kaya dengan Vitamin C untung mengurangkan tompok-tompok hitam, mencerahkan, serta melembapkan kulit. Bangun pagi rasa kulit wajah leeembut sangat.

11 July 2017

Sengsaranya Resdung

Penyakit Resdung adalah antara penyakit yang sering menjadi masalah kepada ramai orang di Malaysia.Pelbagai rawatan telah dicuba untuk atasi masalah penyakit resdung ini.
Set Resdung Shaklee disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini. Dalam istilah perubatan, penyakit resdung dikenali dengan nama sinusitis.

Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

Punca Penyakit Resdung

Pada kebiasaannya, para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin dengan kerap, dengkuran luarbiasa, batuk, gatal hidung, cepat letih, muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi. Bagi pesakit resdung yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak.

Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Set Resdung Shaklee, terlebih dahulu kita perlu tahu apa punca sebenarnya yang menjadi penyebab berlakunya penyakit resdung ini.

Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus.

Antara komplikasi penyakit resdung:

*Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
*Jangkitan otak (meningitis)
*Sakit tekak yang kronik
*Jangkitan tulang muka
*Memburukkan keadaan lelah
*Berdengkur yang kronik
*Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
*Alahan hidung atau hidung sensitif
*Selesema biasa yang melarat

Set Resdung Shaklee Sebagai Rawatan Penyakit Resdung

Image result for set resdung

Alfalfa Complex

Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).

Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap 
keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).

Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

B-Complex

Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.

Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.

Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Sustained Released Vita-C

Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.

Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.

Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.


Yang ada penyakit resdung ni sangat digalakkan untuk untuk try Set Resdung ni untuk elak dari derita sepanjang hidup kerana jika dibiarkan melarat akan menjadi kronik dan boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

05 July 2017

Tips Mengapa Perlu Detox

10 Sebab Ini Kenapa Kita Perlu Detox dan Kebaikan Melakukan dengan Cara yang betul.


1. HALAU TOKSIN dari Badan

Toksin ni umpama RACUN dalam badan. Toksin ini boleh datang dari pelbagai sumber; pencemaran air dan udara, makanan yang mengandungi sisa racun perosak, bahan pengawet serta bahan kimia dan logam berat. Makanan yang kita ambil mungkin sudah menyerap toksin semasa hidupnya. Jadi badan kitalah yang kena tapis toksin ini.

Pendedahan terlalu lama pada toksin yang gagal dibuang secara semulajadi oleh organ detok badan boleh mengganggu penyerapan nutrisi, menurunkan metabolisme badan, kita jadi mudah stress, hilang fokus, cepat penat, merendahkan sitem imun dan jadi punca penyakit lain. Toksin yang gagal dibuang oleh organ detox boleh berkumpul di tisu dan sel dalam badan termasuklah di otak. SEBAB itu kita kena DETOKS, bukan takut untuk DETOKS.



2. Dapat Elak Penyakit SERIUS

Toksin dari persekitaran boleh membawa pada penyakit KANSER, sakit jantung, strok dan banyak lagi. Mujur badan kita ada sistem detoks semulajadi untuk menapis bahan merbahaya ini. Namun, akibat dari sentiasa dibebani dengan bahan yang perlu ditapis, makan tak berhenti dan tinggi kolestrol, pencemaran yang semakin teruk, organ detoks menjadi kurang efisyen. Untuk membantu organ detokfikasi kembali efisyen dan melakukan kerja yang sepatutnya dilaksanakan secara semulajadi, DETOKS adalah jawapannya.


penyakit akibat banyak toksin
Kesan merbahaya dari tidak buang toksin dengan betul

3. Dapat Tingkatkan Sistem Imun yang semakin LEMAH

Bila sistem imun asyik berkompromi dan tidak kental lagi, kita jadi mudah dijangkiti selsema dan mengganggu kualiti hidup dan produktiviti kerja juga. DETOKS secara berkala dapat bantu menguatkan kembali fungsi sistem imun dan melawan jangkitan penyakit.

kuatkan kembali imun sistem lawan penyakit dengan detoks
Toksin menyebabkan sistem badan lemah melawan penyakit


4. Boleh TURUN BERAT Badan !

Bagaimana detox boleh bantu turunkan berat badan??? Sebenarnya lebihan toksin boleh jadi punca utama badan kita GAGAL MEMBAKAR LEMAK atau kurang efisyen dalam membakar lemak. Akibatnya, kita diet nak turunkan berat tapi tak jadi-jadi. Risiko penyakit bila berat berlebihan pun menjadi-jadi seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.

detoks-lebih-mudah-dari-diet
Diet Detox Tidak Mengakibatkan Kesan Yoyo Seperti Diet Nak Kurus Sahaja !

DETOKS dengan panduan yang betul adalah cara terbaik membuang lebihan toksin yang tersimpan di sel lemak dan membantu meningkatkan metabolisme kembali. Kalau detoks sendiri2 atau sekadar minum teh detoks tu saya tak jamin berjaya ya.

buang-lemak-dengan-detoks
Makanan yang tepat semasa detox membantu buang lemak dan toksin


5. Nampak lebih MUDA

Ada orang yang badan banyak TOKSIN ni, nampak LEBIH TUA dari usia atau berbanding kawan-kawan yang seusia disebabkan 'premature aging' . Makanan tak sihat memang buat orang nampak tua pun. Toksin seperti logam berat dan radikal bebas juga rupa-rupanya mempengaruhi faktor kelihatan tua (aging) ini, contohnya orang yang HISAP ROKOK atau terdedah pada pencemaran udara. Sel-sel menjadi tidak stabil akibat radikal bebas.

kelihatan-muda-lepas-detoks
Apa yang kita makan tak sama dengan apa yang diserap dan dicerna tubuh akibat TOKSIN  !


Bila kita buat DETOKS di mana toksin ni berjaya dikeluarkan, badan menjadi lebih mudah menyerap nutrisi seperti antioksida dan vitamin dari sumber makanan dan supplemen. ANTIOKSIDA inilah yang akan membantu melawan radikal bebas dan oksidasi di dalam badan. Jadi kalau ambil vitamin antioksida A, C, E  dan tonik Vivix tapi masih tak cantik dan kelihatan muda juga, ha, silalah buat detoks!

6. Bantu HIDUP lebih INDAH 

Bagaimana Detox membantu??? Alkisahnya, badan kita gagal berfungsi ditahap MAKSIMUM dan TERBAIK bila badan banyak toksin mengakibatkan kita boleh SAKIT sendi, pening kepala, penghadaman tak ok (susah dan tak regular membuang), susah nak tidur dan kepenatan.

Jadi, bila kita buat DETOKS, kesan baik darinya lebih mudah membuang / penghadaman lebih baik, kurang stress, badan lebih ringan dan bertenaga dan ingatan lebih kuat.. Ha..Kan Hidup Lebih INDAH begitu !


7. Meningkatkan TENAGA !

Selepas detoks, kita akan mendapat kualiti TIDUR yang lebik baik dan kekuatan mental, fizikal dan emosi diperbaiki ! Cubalah kalau nak rasa sendiri !


8. Kulit Lebih CANTIK dan BERSERI

Ramai yang mengalami kulit kusam dan berjerawat akibat dari diet yang tidak teratur juga dari persekitan yang banyak toksin. Ini beri kesan pada kesihatan kulit luar dan dalam buat wajah TIDAK CANTIK. Detoks yang betul, berjaya membuang toksin jadi jadi punca masalah kulit dan membantu meningkatkkan kesihatan kulit, mengurangkan jerawat, menguatkan akar rambut dan kuku dan wajah lebih berseri!


9. Mental dan EMOSI yang lebih JELAS

Ramai juga yang kata blur dan berserabut bila banyak kerja perlu dilakukan. Dengan DETOKS, sistem badan kita lebih stabil di mana mental dan emosi boleh bertindak dengan seiring dan tenang. Kita lebih fokus, kurang blur dan berserabut. Jadi membantu kita buat keputusan yang tepat, analisis yang lebih baik dan melihat dari perspektif berbeza.


10. Mengembalikan keSTABILan sistem badan ( RESET )

Sistem badan kita iaitu penghadaman, saraf dan hormon dicipta untuk bekerja bersama-sama untuk kesihatan optimum. Namun, bila badan banyak toksin yang berlebihan, kita pula asyik memberi makanan yang tidak berkualiti dan tidak DETOKS, maka sistem jadi tidak efisyen dan tidak boleh bekerjasama dengan baik. Dengan DETOKS yang betul, kita membantu sistem penghadaman badan kita kembali pasa asal ( reset ) dan berfungsi dengan lebih baik.


Rugi sangat pada yang mempunyai tanda-tanda dan risiko toksin berlebihan tapi masih tak mahu detoks. Detoks tak sama macam diet nak kurus badan kerana kita tak perlu berlapar ! Ada meal plan khusus serta cadangan supplemen Detoks Shaklee yang akan membuatkan detoks berjaya dan tidak sia-sia. Akhirnya, berat yang susah nak turun berjaya diturunkan, wajah yang kusam berjaya dipulihkan serta penyakit yang tak tahu nak repair di mana, bertemu jalan penyelesaian.

Nutribeauty Malaysia © . Designed by MaisarahSidi.com