Nutribeauty Malaysia

16 August 2017

Kebaikan Omega Guard Shaklee

Mengapa pilih Omega Guard Shaklee?


Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Banyak Kebaikan dan keistimewaan Omega Guard Shaklee ini. Ia boleh diamalkan untuk seisi keluarga. Sepatutnya setiap rumah mesti ada sebotol minyak ikan Omega Guard ini. Wajib! Mengapa saya kata wajib? Inilah yang saya nak ceritakan....


Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.


Sebelum itu mari kita berkenalan dulu dengan Omega-3



Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.



Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi 

Tugas DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Apakah kebaikan Omega Guard Shaklee?


Melindungi Jantung Anda*
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.



Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*

Sumber : Shaklee Malaysia




Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil
 Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu
 Kanak-kanak
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan


  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke

20 July 2017

Pentingnya B-Complex..!

Vitamin B memainkan perana dalam kesihatan kita dari segi sistem penghadaman, menyerap nutrien dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapat faedah optimum.


Image result for Shaklee B COmplex ramuan

Gejala kekurangan vitamin B:
1. Keletihan
2. Kebas
3. Kerengsaan usus
4. Gemuruh
5. Kemurungan
6. Paranoia
7. Lemah dan lesu
8. Stress

Daripada sumber semulajadi, vitamin B banyak terdapat dalam makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kekacang dan bijirin. Namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses dan juga sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak boleh menyebabkan nutrient tersebut hilang daripada makanan.

Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan lagi, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.

Apalkah kepentingan B-Complex terhadap tubuh kita?
1. Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut serta otot di dalam saluran usus gastro
2. Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti tekanan
3. Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu mencegah anemia
4. Membantu mengelakkan sawan, epilepsi dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
5. Membina rambut yang sihat dan mencegah uban
6. Membantu dalam merawat elergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif
7. Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual, kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi badan terhadap keracunan plumbum.


Keunikan B-Complex Shaklee

B-Complex mengandungi kesemua vitamin B seperti:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflavin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Asid folik
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Image result for Shaklee B COmplex ramuan

Khasiat B-Complex Shaklee untuk ibu selepas bersalin
1. Memelihara sistem saraf dari tekanan dan stress
2. Mengandungi asid folik yang diperlukan untuk pembentukan sel dan tisu baru
3. Membantu pembentukan darah ibu, kerana ibu selepas bersalin telah kehilangan banyak darah semasa proses bersalin.
4. Menukarkan kalori kepada tenaga untuk mengelakkan ibu menjadi gemuk
5. Membantu menenangkan ibu dan menstabilkan hormon
6. Mengelakkan daripada post partum depression atau meroyan
7. Memberi stamina dan tenaga untuk ibu berjaga malam menjaga bayi

Bau B-Complex sangat meloyakan?
Ya benar, sebenarnya bau pada B-Complex adalah petanda yang bagus. Ini kerana  B-Complex Shaklee adalah B-Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ini ialah Thiamin, ia memberi bau kepada B Complex, termasuk bau air kencing kerana ia larut air dan disingkirkan melalui kencing.

Vitamin Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi perasa atau pewarna tiruan dan dihasilkan dari sumber semulajadi. Bagi mengurangkan bau B-Complex Shaklee, anda boleh menyimpan vitamin ini di dalam peti sejuk.

Mengapa warna air kencing boleh menjadi sangat kuning?

Ini kerana salah satu vitamin B iaitu Riboflavin (B2). Badan kita menyingkirkan lebihan Riboflavin melalui air kencing, menyebabkan air kencing menjadi pekat dan sangat kuning. Jadi jangan pengsan bila melihat air kencing anda kuning, lepas kencing minum air dan bila pergi tandas lagi, mesti air kencing kembali jernih atau kurang kuningnya lagi.
Nutribeauty Malaysia © . Designed by MaisarahSidi.com