Vitamin B memainkan perana
dalam kesihatan kita dari segi sistem penghadaman, menyerap nutrien dan menjaga
sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan
selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapat faedah optimum.

Gejala kekurangan vitamin B:
1. Keletihan
2. Kebas
3. Kerengsaan usus
4. Gemuruh
5. Kemurungan
6. Paranoia
7. Lemah dan lesu
8. Stress
Daripada sumber semulajadi,
vitamin B banyak terdapat dalam makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam,
telur, ikan, kekacang dan bijirin. Namun kebanyakan makanan ini telah melalui
pelbagai proses dan juga sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak
boleh menyebabkan nutrient tersebut hilang daripada makanan.
Di samping itu juga,
pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya
menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan lagi, vitamin B adalah
jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.
Apalkah kepentingan B-Complex
terhadap tubuh kita?
1. Membantu untuk mengekalkan
tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut serta otot di
dalam saluran usus gastro
2. Terlibat dalam penghasilan
tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti tekanan
3. Diperlukan untuk
pembentukan darah, dengan itu mencegah anemia
4. Membantu mengelakkan sawan,
epilepsi dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
5. Membina rambut yang sihat dan
mencegah uban
6. Membantu dalam merawat
elergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif
7. Membina tindak balas imun,
mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf,
skizofrenia, membantu fungsi seksual, kesukaran penglihatan, masalah kehilangan
berat badan, dan melindungi badan terhadap keracunan plumbum.
Keunikan B-Complex Shaklee
B-Complex mengandungi kesemua
vitamin B seperti:
1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflavin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Asid folik
8. Asid panthothenic
9. Biotin
Khasiat B-Complex Shaklee untuk ibu selepas bersalin
1. Memelihara sistem saraf
dari tekanan dan stress
2. Mengandungi asid folik yang
diperlukan untuk pembentukan sel dan tisu baru
3. Membantu pembentukan darah
ibu, kerana ibu selepas bersalin telah kehilangan banyak darah semasa proses
bersalin.
4. Menukarkan kalori kepada
tenaga untuk mengelakkan ibu menjadi gemuk
5. Membantu menenangkan ibu
dan menstabilkan hormon
6. Mengelakkan daripada post
partum depression atau meroyan
7. Memberi stamina dan tenaga
untuk ibu berjaga malam menjaga bayi
Bau B-Complex sangat
meloyakan?
Ya benar, sebenarnya bau pada
B-Complex adalah petanda yang bagus. Ini kerana
B-Complex Shaklee adalah B-Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan
bau kurang menyenangkan ini ialah Thiamin, ia memberi bau kepada B Complex,
termasuk bau air kencing kerana ia larut air dan disingkirkan melalui kencing.
Vitamin Shaklee memang berbau
kerana ia tidak mengandungi perasa atau pewarna tiruan dan dihasilkan dari
sumber semulajadi. Bagi mengurangkan bau B-Complex Shaklee, anda boleh
menyimpan vitamin ini di dalam peti sejuk.
Mengapa warna air kencing
boleh menjadi sangat kuning?
Ini kerana salah satu vitamin
B iaitu Riboflavin (B2). Badan kita menyingkirkan lebihan Riboflavin melalui
air kencing, menyebabkan air kencing menjadi pekat dan sangat kuning. Jadi
jangan pengsan bila melihat air kencing anda kuning, lepas kencing minum air
dan bila pergi tandas lagi, mesti air kencing kembali jernih atau kurang
kuningnya lagi.



























