Assalamualaikum
semua :)
Today
nak share tentang apa yang orang selalu sebut sebagai healing crisis atau
krisis pemulihan. Kadang-kadang bila kita makan supplement, kita tak rasa lebih
sihat malah rasa lebih teruk dari sebelumnya. Sebenarnya kita sedang mengalami
healing crisis. Jom baca tentang healing crisis oleh Dr. Mary Ruth Swope dari
Columbia Unversity ni.
Apakah Krisis
Pemulihan (Healing Crisis)?
Krisis
pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa
pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan,
badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul
di dalam badan selama bertahun-tahun.
Semasa
proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala
tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah
Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis
pemulihan.
Mengapa
Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?
Menurut
Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang
mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen
di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ
badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan,
menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.
Sebagai
contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini
adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.
Bayangkan
jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke
dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat
akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran
telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan
menjadi cantik dan bersih semula.
Adakah Krisis
Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?
Ya.
Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau
supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.
Sesetengah
orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia
adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang
baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.
Umumnya,
krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan
bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada
perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak
ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya
tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda
terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.
Adakah
Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan
(Healing Crisis)?
Semua
orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus
selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas
satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih
toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.
Secara Umumnya,
Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?
Ia bergantung
kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3
bulan.
Kebanyakan
Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah
Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan
sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?
Secara
umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa
beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik,
dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin
adalah:
1.
Anda tidak mengambil dengan konsisten
2.
Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan
3.
Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil
semuanya sekali gus
4.
Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
5.
Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
6.
Keadaan tubuh yang kronik
Tanda Krisis Penyembuhan
|
Kemungkinan Punca
|
Keletihan, berasa mengantuk
|
Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu
letih, memerlukan rehat yang lebih
|
Sakit kepala, kepala terasa berat
|
Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda
detoksifikasi
|
Demam, demam sedikit, keresahan
|
Metabolisma meningkat, merangsang fungsi
imun badan
|
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis
berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk
|
Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul
di dalam kolon
|
Kembung, perut bergas
|
Sistem penghadaman yang lemah
|
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan
mukus, kelemumur
|
Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon
dan sistem penghapusan yang lemah
|
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
|
Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda
detoksifikasi
|
Hidung berdarah
|
Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
|
Sakit di bahagian otot dan sendi
|
Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang
sakit
|
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
|
Proses penyembuhan semakin cepat
|
Insomnia or atau hiperaktif
|
Sistem saraf yang lemah
|
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid,
gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir
|
Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan
hormon
|
Pendarahan ketika membuang air besar
|
Mungkin buasir
|
Pening, lapar
|
Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang
rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
|
Loya, sembelit, sedu
|
Sistem penghadaman lemah, masalah hati
|
Slight Edema (bengkak)
|
Masalah buah pinggang
|
Bagaimanakah Melalui Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?
Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini,
minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan
buah-buahan. Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah
melalui fasa ini. InshaAllah.
019.353.2004
Farahana Nazri
COD Shaklee di Shah
Alam & Subang Jaya
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Pengeposan ke seluruh Malaysia



No comments:
Post a Comment